Epilog 3 Naga papar sisi gelap dunia gengsterism

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BAGI mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi utama pilihan rakyat Malaysia, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV buat julung kalinya berbesar hati mempertaruhkan sebuah naskhah adaptasi terbaharu berjudul Epilog 3 Naga khas untuk peminat drama Melayu tempatan yang bakal bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7.00 malam mulai hari ini menerusi slot Dramatix secara eksklusif di platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112).

Epilog 3 Naga ini merupakan sebuah karya adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan Kaz Ishak yang mengangkat genre aksi tentang dunia gengsterism terbitan syarikat produksi Layar Sutra Sdn. Bhd.

Drama 24 episod arahan sutradara Razif Ajiboy itu menampilkan pelakon dan usahawan terkenal, Betty Banafe selaku penerbit serta turut mengekalkan Kaz Ishak selaku penulis skrip dan pengarah seni.

“Sebagai seorang pengarah, drama ini merupakan satu naskhah yang menyingkap kehidupan segelintir remaja daripada sisi gelap.

“Punca utama yang mempengaruhi mereka untuk terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral adalah kerana dibesarkan dalam persekitaran yang tidak sepatutnya.

“Drama ini akan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang pentingnya peranan mereka sepanjang proses pembesaran anak-anak. Langkah pihak Awesome TV yang berani menerbitkan karya ini harus dipuji kerana genre dan penceritaan seumpama ini jarang diketengahkan oleh mana-mana stesen televisyen yang lain,” kata Razif.

Plot perjalanan penuh konflik drama Epilog 3 Naga mengisahkan tentang kisah tiga sahabat karib yang hanyut dalam memilih jalan hidup sehingga terjerumus dengan kancah jenayah kongsi gelap.

Meskipun sarat dengan aksi lasak, kisah ini turut mengabungkan elemen drama cinta, persahabatan dan pengorbanan untuk memberikan naratif penceritaan yang lebih menghiburkan.

Drama menarik ini diterajui oleh Hazama Azmi yang memegang watak sebagai Khalid, Syarul Ezani sebagai Fazarul, Shafiq ‘Stu’ Rosli sebagai Sean Abdullah, Che Puan Juliana Evans sebagai Natasha, Atyka Jalil sebagai Sazlina, Katalina sebagai Sofea Ahmad, Faizal Hussien sebagai Azroy, Ridzuan Hashim sebagai Uncle Hussien, Marissa Yasmin sebagai Makcik Asmah, Sahronizam Noor sebagai Pakcik Zulkarnain, Along Eyzendy sebagai Black dan Aman Nassim sebagai Chris serta ramai lagi.

Mengulas lanjut mengenai drama Awesome TV, selaku Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli, berkata, selain kisah cinta dan komedi, tema aksi juga merupakan genre yang sering mendapat perhatian audiens.

“Walaupun kami jarang mengetengahkan kisah tentang seseorang yang terjebak dengan dunia hitam serta cabaran yang perlu dilaluinya sebagai elemen utama penceritaan menerusi drama-drama yang pernah disajikan sebelum ini, namun kini tiba masanya kami lari daripada kebiasaan dan mengambil langkah berani untuk menyelami dunia gelap gengsterism sebagai nadi penting dalam drama Epilog 3 Naga.

“Drama Epilog 3 Naga merupakan sebuah naskhah yang sebenarnya sarat dengan elemen emosi. Namun, ia bukanlah tertumpu kepada elemen pergolakan semata-mata, tetapi turut mengandungi mesej dan nilai positif sebagai pengajaran bersama.

“Saya percaya penceritaan kisah kali ini pastinya bakal membawa kelainan yang menyeronokkan kerana kekuatan jalan ceritanya yang luar biasa dan menghiburkan.

“Syabas saya ucapkan kepada pihak produksi kerana berjaya menggarap drama ini dengan baik. Semoga drama ini diterima baik sekaligus mencipta fenomena yang tersendiri apabila ditayangkan kelak. Selamat menonton!,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This