Gabriel Gilbert Daim-Muhammad Syafiq Puteh raih perak acara terjun 3m papan anjal seirama lelaki./Gambar Fb KBS

PADA ketika Datuk Pandelela Rinong gagal menaiki podium semalam, pasangan penerjun negara Gabriel Gilbert Daim-Muhammad Syafiq Puteh berjaya memenangi pingat Malaysia pertama dari acara terjun di Sukan Komanwel Birmingham 2022, hari ini.

Gabriel-Muhammad Syafiq mengumpulkan 376.77 mata selepas enam terjunan untuk membawa pulang pingat perak pada akhir acara lelaki 3 meter (m) papan anjal seirama yang berlangsung di Pusat Akuatik Sandwell.

Wakil tuan rumah Anthony Harding-Jack David Laugher berada dalam kelas tersendiri selepas mengumpulkan 438.33 mata untuk menang emas, manakala pasangan Australia Samuel Fricker-Shixin Li, menang gangsa (374.52 mata).

Sementara itu dua lagi penerjun negara Ong Ker Ying dan Kimberly Bong, masing-masing menduduki tempat ke-10 dan ke-12 pada pusingan awal acara wanita 1m papan anjal.

Gabriel Gilbert Daim-Muhammad Syafiq Puteh raih perak acara terjun 3m papan anjal seirama lelaki./Gambar Fb KBS

Baca: Malaysia perlu dua lagi emas capai sasaran di Birmingham

Badminton berpasukan campuran Malaysia tebus semula emas, tewaskan India 3-1

Ker Ying mengumpul 207.50 mata, sementara Kimberly Bong (204.75 mata) pada hari kedua acara terjun di sini.

Bagaimanapun, kedua-dua penerjun berpeluang untuk memperbaiki prestasi mereka hari ini, apabila beraksi dalam peringkat akhir yang akan berlangsung pada 6.05 petang waktu tempatan (1.05 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Semalam Pandelela yang memulakan cabaran skuad terjun negara gagal menyerlah dan hanya menduduki tempat ke-11 daripada 12 penerjun pada akhir acara wanita 10m platform individu.

— BERNAMA