PM prihatin, wakil penghantar makanan, e-hailing akan jumpa dua menteri

Dari Penulis

WAKIL persatuan e-hailing dan p-hailing akan bertemu dengan Menteri Pengangkutan dan Menteri Sumber Manusia bagi membincangkan isu yang dihadapi golongan tersebut.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Khaizulnizam Mohamad Zuldin berkata, perjumpaan dua wakil persatuan itu dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong akan berlangsung pada Isnin ini di Putrajaya.

“Perjumpaan wakil e-hailing dan p-hailing dengan Menteri Sumber Manusia (Datuk Seri M Saravanan) akan diatur dalam waktu terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil daripada Grab Driver Malaysia Association dan Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia di sebuah restoran di Jalan Ampang hari ini.

Memetik laporan Bernama, Khaizulnizam berkata, pertemuan beliau bersama wakil kedua-dua persatuan hari ini adalah susulan keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai isu yang dihadapi persatuan itu.

Sebahagian daripada ratusan kumpulan penghantar makanan berkumpul bagi menyerahkan memorandum berhubung kadar upah penghantar makanan yang telah dikurangkan serta beberapa isu membabitkan kumpulan itu di Pejabat Pengurusan Grab, Petaling Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Saya telah diarahkan oleh Perdana Menteri untuk turun berjumpa dengan penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing untuk mendengar sendiri masalah yang dihadapi mereka.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sentiasa mendengar masalah yang dihadapi oleh setiap ahli Keluarga Malaysia.

Sebahagian daripada ratusan kumpulan penghantar makanan berkumpul bagi menyerahkan memorandum berhubung kadar upah penghantar makanan yang telah dikurangkan serta beberapa isu membabitkan kumpulan itu di Pejabat Pengurusan Grab, Petaling Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sementara itu Timbalan Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia Abdul Hakim Abdul Rani berkata pihaknya tidak berpuas hati dengan caj penghantaran yang dipotong oleh syarikat penyedia perkhidmatan.

Timbalan Presiden Grab Driver Malaysia Association Mohd Azril Ahmat pula berharap wakil kerajaan dapat mendengar keluhan mereka sebelum mengambil apa-apa keputusan.

Sebelum ini tular di media sosial poster dengan perkataan “Off 1 Hari” dan “Food Delivery Blackout Jumaat 5 Ogos 2022” diikuti mesej untuk memboikot servis penghantaran hari ini.

Sebahagian daripada ratusan kumpulan penghantar makanan berkumpul bagi menyerahkan memorandum berhubung kadar upah penghantar makanan yang telah dikurangkan serta beberapa isu membabitkan kumpulan itu di Pejabat Pengurusan Grab, Petaling Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lapan rumah di Kuala Perlis hangus terbakar

SEBANYAK lapan rumah di Kampung Seberang Alor, Perkampungan Diraja Kuala Perlis hangus terbakar dalam kebakaran yang berlaku awal pagi...

More Articles Like This