GAMBAR HIASAN

LIMA suspek kes pecah premis perniagaan ditahan dalam dua serbuan berbeza sekitar kawasan Bandar Bukit Tinggi dan Taman Saujana Jati dekat Klang pada pukul 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kesemua suspek masing-masing berusia 36 hingga 56 tahun mempunyai pelbagai rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah.

Turut dirampas dalam serbuan ialah minuman keras yang dilaporkan hilang, alatan pecah rumah dan pakaian yang digunakan dalam kejadian pecah premis.

Mengulas lanjut, pihaknya menerima aduan kejadian daripada seorang pengurus premis perniagaan di kawasan Bandar Botanik, Klang pada pukul 5.17 petang.

“Pegadu telah sampai di premis pada pukul 11 pagi dan mendapati pintu kaca hadapan telah dipecahkan.

Baca artikel berkaitan : Kaki skodeng pecah rumah diberkas polis

“Hasil semakan mendapati wang tunai serta pelbagai jenama minuman keras telah hilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, pengadu menanggung kerugian sebanyak RM2,400 dan hasil siasatan kamera litar tertutup telah menunjukkan pergerakan suspek di dalam premis berkenaan.

“Sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Hoong Fong berkata, Majistret Mahkamah Klang telah meluluskan reman ke atas kesemua suspek selama enam hari sehingga Rabu.

Tegasnya, peniaga premis dinasihatkan untuk meningkatkan kualiti keselamatan dengan memasang kamera litar tertutup yang lebih jelas dan boleh membantu siasatan polis.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram