Remaja 17 tahun cedera motosikal terlanggar gajah melintas

Dari Penulis

SEORANG remaja cedera selepas motosikal ditunggangi terlanggar seekor gajah sedang melintas jalan di Kilometer 84, Jalan Kota Tinggi-Kluang, 10.30 malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kemalangan berlaku sewaktu mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM 110 dari arah Kota Tinggi ke Bandar Kluang.

Beliau berkata, mangsa berusia 17 tahun itu telah terlanggar seekor gajah ekoran keadaan jalan yang gelap.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami cedera di muka dan luka di badan serta masih menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, motosikal mangsa remuk di bahagian hadapan dan kes kini disiasat di bawah Peraturan 10, Kaedah Lalu lintas LN166/59.

Baca artikel berkaitan : Lima suspek pecah premis di Bandar Botanik dicekup

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berwaspada di jalan raya terutama di lintasan binatang liar seperti gajah, tapir dan lain-lain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KESUMA komited realisasi aspirasi TVET 2.0 melalui dana RM50 juta

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KESUMA) komited untuk merealisasikan aspirasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 menerusi peruntukan dana...

More Articles Like This