Polis siasat anggota trafik tahan pemandu

Dari Penulis

IBU Pejabat Polis Daerah Ipoh sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggota polis trafik yang menahan seorang pemandu dalam sebuah video tular.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata kejadian tersebut berlaku berhampiran sebuah sekolah menengah di Jalan Kuala Kangsar di sini pada kira-kira 7.28 pagi semalam (Jumaat).

“Polis ingin memohon kerjasama daripada pemandu yang merakam video tersebut supaya berhubung dengan Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh ASP Salim Ahmad di talian 018-5701739 bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya amat mengambil berat terhadap sebarang aduan awam berhubung salah laku pegawai atau anggota pasukan keselamatan itu.

Video berdurasi 7 minit 11 saat tersebut memaparkan rakaman kamera papan pemuka tindakan seorang anggota polis trafik menahan seorang pemandu yang didakwa telah melakukan kesalahan lalu lintas, namun pemandu kereta itu mendakwa tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak berpuas hati dengan anggota polis berkenaan. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelarian Rohingya mesti patuh undang-undang atau berdepan tindakan – PM

SEMUA pelarian Rohingya yang berada di negara ini perlu sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan atau bakal berdepan dengan...

More Articles Like This