Keadaan 4X4 yang remuk teruk selepas merempuh tiang jejambat.

Tiga beranak maut manakala seorang lagi anggota keluarga itu parah selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki dipercayai terbabas sendiri dan merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas, Luyang, Kota Kinabalu malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.41 malam itu, pemandu Jimmykal Assam, 44, dan anak lelaki serta perempuan berusia belasan tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pasukan bomba dan polis mengangkat mangsa sebaik dikeluarkan daripada kenderaan.

Seorang anggota keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dipercayai terbabas sendiri dan melanggar tiang jejambat Jalan Lintas, Luyang.

@utusantvofficial

Kejadian di Jalan Lintas, Luyang Kota Kinabalu, pukul 11.41 malam | 5 OGOS 2022. Kesemua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian. #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #salamtakziah

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Baca artikel berkaitan: 13 maut, kebakaran kelab malam di Thailand

Tiga beranak disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Katanya, pasukan polis dan bomba yang tiba di lokasi kemalangan berusaha mengeluarkan mayat yang tersepit dalam kenderaan.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima tahun parah telah dibawa ambulans ke HQE I untuk rawatan lanjut.

Pasukan polis melakukan pemeriksaan ke atas tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Lintas, Luyang, Kota Kinabalu.

“Siasatan masih diteruskan dan keterangan termasuk butiran dua mangsa akan dikemaskini,” katanya dalam kenyataan media, memetik laporan Deasoka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu turut berada di lokasi kemalangan bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.


Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan yang mengorbankan tiga beranak di Jalan Lintas, Luyang, Kota Kinabalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram