PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran tegas kepada kartel yang cuba memanipulasi harga dan pasaran barangan makanan.
Perdana Menteri menegaskan, kerajaan berusaha menangani manipulasi ‘orang tengah’ dan kewujudan kartel dalam sektor pertanian serta rangkaian bekalan makanan.
Kata beliau, situasi berkenaan telah menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi.
Malah, Perdana Menteri menegaskan, Suruhanjaya Persaingan (MyCCC) juga telah mengeluarkan keputusan cadangan terhadap lima perusahaan makanan ternakan yang bersekongkol dalam menaikkan harga makanan ayam, semalam.
“Di sebalik kepincangan rantiaan bekalan makanan dunia, kerajaan kekal komited dalam mengurus isu kekurangan bekalan makanan biarpun berdepan dengan pelbagai kekangan.
“Alhamdulillah, ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan ketegangan geopolitik serta perubahan iklim dunia sejak tahun 2020 telah semakin pulih berikutan pelbagai inisiatif kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan 2022 (MAHA 2022) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), hari ini.
Baca artikel berkaitan: PM prihatin, wakil penghantar makanan, e-hailing akan jumpa dua menteri
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beberapa langkah intervensi telah dilaksanakan kerajaan bagi mengukuhkan sekuriti bekalan makanan negara temrasuk membatalkan kelulusan kuota import (AP); melaksanakan sekatan eksport ayam serta mewujudkan stok pail ayam dan ikan.
Dalam langkah intervensi itu, Ismail Sabri memaklumkan, kerajaan buat pertama kalinya memberikan subsidi berjumlah RM1.1 bilion bagi meringankan beban penternak ayam sekali gus memastikan bekalan pengeluaran ayam dan telur mencukupi serta menjamin kestabilan harga.
Jelas beliau, langkah-langkah itu terbukti telah menunjukkan kejayaan apabila bekalan ayam bukan sahaja berlebihan bahkan harga ayam juga lebih rendah daripada paras harga siling RM9.40 sekilogram yang ditetapkan kerajaan.
“Saya pernah mengisytiharkan ‘jihad memerangi orang tengah’ pada tahun 2014 ketika menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana tindakan orang tengah yang mengeksploitasi petani dan nelayan dengan memanipulasi harga di pasaran.
“Jihad ini perlu diteruskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi strategi penguasaan rantaian bekalan dengan kerjasama agensi-agensi di bawahnya seperti mewujudkan pusat pembelian padi, pusat pengumpulan buah-buahan, penambahan pasar tani serta pasar nelayan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

