Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi nasi kabuli kambing yang menyelerakan ini. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:
1 kg beras basmati
800 ml air
175 ml tin susu cair
300 gm daging kambing – cincang
4 sudu besar marjerin
5 ulas bawang merah – hiris

BAHAN TUMIS:
10 cm kayu manis
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

BAHAN REMPAH:
5 ulas bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
1 batang serai
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
Sedikit garam

BAHAN HIASAN:
20 gm bawang goreng
10 gm kismis

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak sapi, masukkan bahan rempah. Tumis sehingga wangi dan kekuningan.
2.Masukkan kayu manis, cengkih, buah pelaga dan tumis lagi sehingga naik bau. Masukan daging kambing cincang dan kacau rata.
3.Tuangkan air dan susu serta masukkan garam secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih.
4.Kemudian masukkan beras kacau sebati.
5.Pelahankan api, biar sehingga masak. Taburkan bawang goreng dan kismis.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram