Sedapnya sambal tumis sotong ni. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:
500 gm sotong
50 ml air asam jawa
Sedikit garam
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
8 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering – rebus

CARA MENYEDIAKAN:
1.Sotong dipotong kasar dan dibersihkan. Ketepikan.
2.Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga garing.
3.Kemudian masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak.
4.Masukkan sotong dan air asam jawa. Masak sehingga mendidih dan sotong empuk.
5.Tambahkan garam secukup rasa.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram