Sedapnya siakap bakar berempah ni. Bagi yang buntu hendak masak apa hari ini, boleh cuba resipi yang lazat dan menyelerakan ini. Pasti puas hati.

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
10 gm halia
15 gm lengkuas
2 batang serai
5 gm cili padi
50 gm cili kering
10 gm daun kesum
2 kuntum bunga kantan
Gula dan garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Kisar kesemua bahan sehingga halus. Kemudian masak bahan tersebut sehingga masak dan pecah minyak untuk dijadikan sos.
2.Untuk membakar ikan, sediakan kuali leper dan alaskan daun pisang. Letakkan sos dan ikan siakap untuk dibakar.
3.Kemudian letakkan lagi sos ke atas ikan dan biarkan
sehingga ikan masak.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram