Lebih 9,000 pasport dipohon dalam talian belum dituntut

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LEBIH 9,000 keping pasport Malaysia antarabangsa (PMA) yang dimohon secara dalam talian telah pun dicetak namun masih belum dituntut pemohon.

Justeru, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mengingatkan orang ramai yang memohon pasport secara dalam talian membuat kutipan dengan kadar segera.

Menurut beliau, ia bagi mengelakkan PMA yang telah dicetak itu dibatalkan.

“Jabatan ini sentiasa peka dengan keluhan dan kritikan daripada orang ramai serta sentiasa mengambil langkah penambahbaikan bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan berjalan lancar dan menepati jangkaan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

24 Julai lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengingatkan rakyat Malaysia yang telah memperbaharui pasport secara dalam talian menuntut segera dokumen berkenaan bagi mengelak daripada dilupuskan dalam tempoh 90 hari.

Perkara itu juga selaras dengan peraturan yang telah termaktub di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia, yakni apabila seseorang itu telah membuat pasport, menjadi tanggungjawab juga kepada individu berkenaan untuk menuntutnya.

Baca artikel berkaitan: Tuntut segera pasport diperbaharui elak dilupus

Sementara itu, Khairul Dzaimee dalam kenyataan sama turut memaklumkan waktu operasi baharu bagi pejabat pengeluar PMA dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung berkuat kuasa Isnin ini.

Jelas beliau, perubahan waktu operasi itu mengambil kira trend permohonan pasport yang semakin berkurangan pada sesi malam.

Katanya, pejabat pengeluar PMA di semua negeri dan cawangan beroperasi mulai pukul 8 pagi hingga 7 malam pada hari bekerja kecuali bagi Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah yang beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang.

“Pejabat pengeluar PMA di semua negeri dan cawangan beroperasi bermula pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari Sabtu kecuali Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah.

“Pejabat UTC pula beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 9 malam pada hari bekerja kecuali Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah iaitu dari 8 pagi hingga 5 petang.

“Semua pejabat UTC termasuk Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah pula beroperasi mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang pada hujung minggu,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 26 kondominium di Penampang

SEORANG lelaki ditemukan maut berhampiran lobi sebuah kondominium dipercayai terjatuh dari tingkat 26 bangunan itu di Penampang, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This