Keputusan STPM 2021 dikeluar 18 Ogos

Dari Penulis

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan dikeluarkan pada 18 Ogos.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan, calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing bermula 12 tengah hari pada tarikh itu. 

Calon sekolah dan calon persendirian pula boleh membuat semakan keputusan STPM 2021 menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM/Nombor kad pengenalan/AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Baca: Keputusan STPM 2020 diumum 1 Julai – MPM

“Sistem ini akan diaktifkan mulai 11 pagi pada 18 Ogos sehingga 12 tengah hari pada 28 Ogos.

“Selain itu, semakan boleh dibuat menerusi secara dalam talian untuk dapatkan slip keputusan penuh STPM 2021 di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai 12 tengah hari pada 18 Ogos,” menurut kenyataan MPM itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This