Tun Juhar melawat kemudahan Pusat Perubatan ALPS, bakal teroka kerjasama

Dari Penulis

YANG di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, hari ini mengadakan lawatan rasmi ke ALPS Medical Centre (ALPS) bagi melihat tawaran perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti yang ditawarkan pusat perubatan itu.

ALPS yang diuruskan TMC Global Holdings Sdn Bhd, syarikat subsidiari ALPS Global Holdings Bhd menawarkan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada komuniti dan satu-satunya pusat perubatan yang dilengkapi dengan teknologi perubatan terkini, Genetic Screening (mRNA).

Pengasasnya, Profesor Datuk Seri Dr SK Tham berkata, ALPS menyediakan perkhidmatan teknologi mRNA dan mencipta rekod memberangsangkan dalam bidang perubatan itu selain China dan Singapura.

Katanya, lawatan rasmi itu membolehkan kerjasama strategik antara ALPS dan kerajaan negeri Sabah bagi memberikan perkhidmatan, penyelidikan penyakit kronik terutama kanser bagi komuniti negeri itu.

“Sebagai penyedia perkhidmatan lengkap bagi teknologi mRNA, ini dapat memberikan perkhidmatan teknologi pencegahan (precision) dan ketepatan (preventing) terhadap lebih 30 penyakit kronik termasuk kanser.

“Oleh itu, ALPS bakal menjalinkan kerjasama strategik bagi membantu Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Kanser Sabah dalam satu lawatan rasmi akan datang kerana melihat akan kekurangan kaedah rawatan penyakit kanser di negeri itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi lawatan rasmi berkenaan hari ini.

ALPS mempunyai teknologi termaju dengan kepakaran diperlukan bahkan menjadi salah satu Makmal Diagnostik Ketepatan Biomarker yang paling progresif dengan kelengkapan instrumen Whole Genome Sequencing Provider dan penanaman sel stem cGMP di rantau ASEAN.

ALPS turut memberi tumpuan perniagaan terhadap sel molekul sebagai entiti terapeutik.

ALPS, sebuah syarikat Malaysia sepenuhnya telah berkembang menjadi platform bersepadu sepenuhnya yang terdiri daripada penyelidikan bioteknologi, penubuhan perubatan dan kesihatan yang berurusan dengan kepakaran Pengurusan Kesihatan Prediktif, Ketepatan dan Pencegahan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This