PEMIMPIN Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono, bagi berkongsi pandangan peranan media dalam mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

Pada perjumpaan yang berlangsung selama sejam setengah bermula 4 petang di Kedutaan Besar Indonesia di ibu negara hari ini.

ISWAMI diketuai Presidennya, Datuk Mokhtar Hussain, Timbalan Presiden, Datuk Zulkefli Hamzah, Penasihat, Datuk Zakaria Abdul Wahab, Ahli Majlis Pentadbir ISWAMI, Hakimi Zuffrida Mohd Zain dan pihak Sekretariat ISWAMI.

Pada pertemuan itu ISWAMI memaklumkan pelbagai program yang dirancang bagi mengeratkan lagi hubungan media antara dua negara termasuk mengadakan program dialog bersama. – BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram