Polis kesan individu terbabit kes pukul

Dari Penulis

BERIKUTAN tular video yang merakamkan serangan terhadap dua lelaki dalam kejadian dipercayai berlaku berdekatan sebuah pusat beli-belah di Jalan Hang Tuah, polis sedang mengesan semua individu terlibat dalam klip berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellham Yahaya berkata, pihaknya mengesan video berdurasi satu minit 27 saat itu yang memaparkan kejadian tersebut di Facebook.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 10 Ogos kira-kira pukul 9.17 malam.

“Siasatan awal mendapati, kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 4.45 petang susulan satu kemalangan melibatkan tiga kereta dan tiga motosikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Noor Dellhan bagaimanapun berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan dan kesemua individu terlibat sedang dikesan polis.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta mana-mana individu atau saksi mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan.

Mereka boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03 26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03 21159999.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This