PROSES pemulihan bagi projek kapal tempur pesisir (LCS) melibatkan rundingan dengan vendor, OEM dan perbankan seharusnya menjadi fokus utama ketika ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, proses pemulihan itu sejajar dengan fasa mobilisasi selama enam bulan ditetapkan kerajaan.
Menurut beliau, pihaknya akan memastikan projek LCS itu kemudiannya kembali ke landasan tepat seperti ditetapkan Jemaah Menteri.
Pada masa sama, Hishammuddin turut mengulangi penegasan bahawa beliau dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk disembunyikan.
“Saya tidak jemu untuk menegaskan berkali-kali iaitu saya dan MINDEF tiada apa hendak disembunyikan.
“Yang harus jadi fokus sekarang ialah proses pemulihan – rundingan dengan pihak vendor, OEM dan perbankan di fasa mobilisasi enam bulan ini seterusnya memastikan projek LCS kembali ke landasannya seperti ditetapkan Jemaah Menteri,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Baca artikel berkaitan: BNS tunjuk bukti LCS bukan projek halimunan

Mengulas lanjut, Hishammuddin turut menegaskan mana-mana pihak yang bersalah mesti dihadapkan ke muka pengadilan.
“Ia adalah tugasan pihak berkuasa yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyegerakan tindakan supaya perkara sebegini tidak berulang lagi.
“Biar mereka lengkapkan siasatan dan segera mendakwa mereka yang bersalah,” jelas beliau.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, MINDEF hari ini membawa puluhan media ke Lumut untuk melihat sendiri kapal-kapal LCS yang sudah berada dalam pembinaan.
Selain itu, kata beliau, media turut dibawa ke gudang penyimpanan peralatan LCS dan diberi taklimat tentang reka bentuk LCS.
“Sebelum ini beberapa pihak termasuk ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sendiri telah mengadakan lawatan ke Boustead Naval Shipyard (BNS) di Lumut bagi meninjau kapal-kapal LCS.
“Malah, gambar-gambar aktiviti pembinaan LCS juga pernah dibentangkan kepada PAC oleh BNS pada Disember tahun lalu.
“Saya pun ada kongsi gambar-gambar tersebut kelmarin,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

