‘Jadi Presiden saat UMNO paling lemah, ada lari kejar kedudukan’ – Zahid imbau momen selepas PRU-14

Dari Penulis

KETIKA bahang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kian terasa, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengimbau saat beliau dipilih menerajui parti itu lebih empat tahun lalu.

Katanya, beliau dipilih mengetuai UMNO pada 30 Jun 2018 dan ketika itu parti terbesar orang Melayu dalam keadaan paling lemah dengan sebilangan pemimpinnya lari meninggalkan UMNO untuk mengejar kedudukan.

“Saya diamanahkan untuk menerajui UMNO semasa parti ini sedang ditekan dan diugut supaya dibubarkan.

“Syukur Alhamdulillah selepas empat tahun berlalu UMNO kini di landasan yang tepat untuk bangkit berkat kesabaran, kesungguhan dan kerjasama seluruh pendokongnya yang terus meyakini perjuangan UMNO,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, selangkah demi selangkah, sederap pemimpin dan ahli UMNO bersama mara ke hadapan mencatat kejayaan demi kejayaan.

Baca: Bahagian UMNO Sabah diminta kemuka lima nama calon PRU-15

‘Nak lawan UMNO, kalau kita bukan parti Melayu orang tak sokong’ – Tun M

Sehubungan itu, beliau tidak akan sesekali mengkhianati apatah membelakangi perjuangan ini.

“Amanah yang diberikan oleh sekalian ahli UMNO akan terus digalas dan dijulang sehabis baik. Walau apa terjadi UMNO mesti dibentengi, dipertahan demi agama, bangsa, negara dan maruah parti.

“Kebenaran mesti diperlihatkan, kebatilan mesti dilawan, fitnah dan pembohongan perlu dileraikan. UMNO adalah semangat dan jati diri kita. PRU-15 misi kita. Rakyat dan negara adalah perjuangan kita,” tegasnya.

Untuk rekod, Ahmad Zahid memangku jawatan Presiden UMNO tidak lama selepas PRU-14 apabila Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Apabila pemilihan parti berlangsung pada akhir Jun 2018, Ahmad Zahid menang dalam saingan tiga penjuru.

Dua lagi calon ialah Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This