SAMBUTAN Jubli Emas 50 Tahun Shapadu hari ini berlangsung meriah dengan penganjuran riadah sihat bersama kakitangan dan warga kerja Shapadu.
Acara Riadah Sihat 2022 yang diadakan di Taman Tasik Perdana, pagi tadi dihadiri seramai 130 peserta terdiri daripada kakitangan Shapadu dan ahli keluarga masing-masing.
Perlumbaan jalan kaki sejauh tujuh kilometer berkonsepkan riadah di mana semua peserta disarankan berjalan secara santai bagi menenangkan fikiran sambil menikmati keindahan alam.
Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Perkhidmatan Kumpulan Shapadu, Asia Mohamed (tiga dari kanan) melakukan gimik pelepasan perlumbaan jalan kaki sambil disaksikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Dato’ Shahrani (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Shapadu, Mohd Amin Abbas (empat dari kanan) pada Program Shapadu Riadah Sihat bersempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 serta Ulang Tahun Jubli Emas 50 Tahun Shapadu di Tasik Perdana, Kuala Lumpur, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Turut hadir memeriahkan majlis, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Amin Abbas serta Ketua Jabatan Sumber Manusia dan Kumpulan Perkhidmatan, Puan Asia Mohamed.
Sebahagian daripada pegawai serta kakitangan serta keluarga Shapadu memulakan acara lumba jalan kaki pada Program Shapadu Riadah Sihat bersempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 serta Ulang Tahun Jubli Emas 50 Tahun Shapadu di Tasik Perdana, Kuala Lumpur, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia, kaum dan jantina turut berpeluang melintasi sekurang-kurangnya 10 jenis taman termasuk kawasan tasik dan air pancut.
Difahamkan, kali terakhir Kumpulan Shapadu mengadakan aktiviti riadah seperti ini adalah di Kemensah sempena Hari Shapadu, Merentas Rimba pada tahun 2018.
Adlan Huzairy Abdullah Chiong gembira selepas memenangi Perlumbaan jalan kaki sejauh tujuh kilometer pada Program Shapadu Riadah Sihat bersempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 serta Ulang Tahun Jubli Emas 50 Tahun Shapadu di Tasik Perdana, Kuala Lumpur, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Program dimulakan dengan ucapan ringkas dan perasmian daripada Dato’ Sri Shafiz Shahrani sebelum diteruskan dengan acara pemanasan badan.
Perlumbaan yang bermula di Arch Balloon mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam 45 minit dimana para peserta perlu melakukan sebanyak tiga pusingan setengah bagi melengkapkan perlumbaan.
Sebahagian daripada pegawai serta kakitangan serta keluarga Shapadu memulakan acara lumba jalan kaki pada Program Shapadu Riadah Sihat bersempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 serta Ulang Tahun Jubli Emas 50 Tahun Shapadu di Tasik Perdana, Kuala Lumpur, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Program turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada lima peserta yang berjaya menamatkan cabaran lumba jalan kaki dalam masa yang singkat.
Malah, seramai 15 peserta berjaya membawa pulang hadiah bagi acara cabutan bertuah.
Sebagai info, Kumpulan Shapadu telah ditubuhkan oleh Datuk Haji Shahrani pada tahun 1972 dan berkembang dengan jayanya sehingga kini.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Dato’ Shahrani (tengah) bergambar bersama pegawai dan kakitangan serta keluraga Shapadu pada Program Shapadu Riadah Sihat bersempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 serta Ulang Tahun Jubli Emas 50 Tahun Shapadu di Tasik Perdana, Kuala Lumpur, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak AidSalah seorang peserta gembira selepas memenangi cabutan bertuah pada Program Shapadu Riadah Sihat bersempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 serta Ulang Tahun Jubli Emas 50 Tahun Shapadu di Tasik Perdana, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak AidSebahagian daripada pegawai serta kakitangan serta keluarga Shapadu memulakan acara lumba jalan kaki pada Program Shapadu Riadah Sihat bersempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 serta Ulang Tahun Jubli Emas 50 Tahun Shapadu di Tasik Perdana, Kuala Lumpur, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak AidSebahagian daripada pegawai serta kakitangan Shapadu melakukan regangan otot sebelum memulakan acara lumba jalan kaki pada Program Shapadu Riadah Sihat bersempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 serta Ulang Tahun Jubli Emas 50 Tahun Shapadu di Tasik Perdana, Kuala Lumpur, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak AidSebahagian daripada pegawai serta kakitangan serta keluarga Shapadu memulakan acara lumba jalan kaki pada Program Shapadu Riadah Sihat bersempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 serta Ulang Tahun Jubli Emas 50 Tahun Shapadu di Tasik Perdana, Kuala Lumpur, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak AidPemenang acara lumba jalan kaki bersama pingat yang dimenangi masing-masing pada Program Shapadu Riadah Sihat bersempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 serta Ulang Tahun Jubli Emas 50 Tahun Shapadu di Tasik Perdana, Kuala Lumpur, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak AidPengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Dato’ Shahrani (lima dari kiri) bergambar bersama pemenang-pemenang pada Program Shapadu Riadah Sihat bersempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 serta Ulang Tahun Jubli Emas 50 Tahun Shapadu di Tasik Perdana, Kuala Lumpur, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda! Ikuti langkah ini: Langkah 1: Layari utusantv.com Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’