Dua wanita maut tersepit dalam kemalangan dua kereta

Dari Penulis

DUA wanita maut selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta dekat Felcra Dusun Panti, Kota Tinggi pagi tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Abdul ahman Azezulkifle Sahimi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan pada pukul 10.51 pagi.

Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi telah dihantar ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Wira dan Proton Saga yang masing-masing dinaiki tiga orang mangsa.

“Mangsa, Titah Abd Ghani,58, dan Samsiah Abdullah, 21, disahkan meninggal dunia akibat tersepit di dalam kenderaan Proton Wira,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa telah dikeluarkan oleh bomba dan diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.

Manakala, tiga mangsa lagi dari Proton Saga berusia 18 hingga 48 tahun dan seorang mangsa dari Proton Wira berusia 24 tahun telah berjaya keluar dari kenderaan sebelum bomba tiba.

Baca artikel berkaitan : Pemandu BMW rentung, tersepit di bahagian tempat duduk pemandu

“Keempat-empat mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi bagi menerima rawatan,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Noh Omar, Syed Hamid kembali bersama UMNO

DUA tokoh veteran UMNO, Tan Sri Noh Omar dan Tan Sri Syed Hamid Albar disahkan kembali menyertai parti tersebut. Perkara...

More Articles Like This