MAYAT seorang lelaki ditemui terapung di Batu Panjang, Kuala Pantai Tok Bali, Pasir Puteh pada pukul 11.45 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, mangsa dipercayai warga tempatan berdasarkan tanda suntikan bacille Calmette-Guerin (BCG) yang terdapat pada bahu kiri.
Beliau berkata, mangsa berjaya di bawa naik ke darat dan hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
Malah, dokumen butiran mangsa juga tidak ditemui.
“Mangsa di bawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan lemas dalam air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa dipercayai berusia 30-an dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Baca artikel berkaitan : Warga emas ditemui mati di Tasik Perdana
“Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan ahli keluarga mangsa,” tambahnya.
Sehubungan itu, polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk berhubung ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

