Jangan sebar video lama banjir Taman Sri Muda

Dari Penulis

Polis Shah Alam menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan video lama di laman sosial Twitter dan Facebook berkaitan bencana banjir di kawasan Seksyen 25, Taman Sri Muda, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, berkata penyebaran video lama bencana tersebut yang tidak mempunyai sebarang kesahihan itu boleh mengganggu ketenteraman penduduk sekitar kawasan berkenaan.

Beliau, dalam kenyataan ringkas, berkata pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa oleh petugasnya di lapangan dan sehingga kini semua lokasi jalan boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan walaupun berlaku kejadian banjir kilat separas buku lali petang tadi namun ia telah surut.

Baca artikel berkaitan : Tiga mayat korban banjir ditemui, 69 Komando digerak di Sri Muda

Dalam kenyaatan berasingan,   Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, meminta penduduk di sekitar kawasan itu untuk tidak panik dan terpengaruh dengan viral-viral melalui media sosial. 

“Pihak jabatan memohon kerjasama penduduk sekitar untuk mematuhi arahan keselamatan oleh pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kejadian banjir di kawasan Taman Sri Muda dan mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan dari JBPM Selangor,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This