Lelaki parah dirempuh kereta selepas langgar lampu merah

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal parah dirempuh sebuah kereta selepas gagal mematuhi lampu isyarat merah di Jalan Besar-Jalan Bandar, Pasir Gudang, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, mangsa berusia 29 tahun kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.

Beliau berkata, kemalangan berlaku semasa pemandu kereta Proton Saga berusia 47 tahun sedang menghala ke Austin pada pukul 1.43 petang.

“Pemandu meneruskan perjalanan kerana isyarat lampu telah bertukar hijau sebelum tiba-tiba datang sebuah motosikal jenis Yamaha dari simpang kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemandu tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal berkenaan yang disyaki tidak mengikut isyarat lalu lintas.

Baca artikel berkaitan : Penjual ayam maut tercampak 50 meter dirempuh Vios

Katanya, siasatan dijalankan oleh dibawah Seksyen 43(1) APJ 1987.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan kod lalulintas terutamanya ketika waktu puncak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This