Remaja autisme dilarikan lelaki Rohingya dakwa dirogol, kata polis

Dari Penulis

SEORANG remaja autisme yang ditemui di Tanah Merah selepas dilaporkan hilang Sabtu lalu dakwa telah dirogol beberapa kali oleh seorang lelaki warga Rohingya.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan kejadian pada pukul 6.28 petang kelmarin.

Beliau berkata, mangsa telah dibawa menaiki bas dari Skudai ke Tanah Merah oleh suspek pada pukul 9.30 malam, hari Sabtu.

“Mangsa memaklumkan telah dirogol oleh suspek beberapa kali sejak hari Ahad hingga Khamis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian berjaya diselamatkan polis dalam serbuan di Kampung Sat, Tanah Merah selepas mangsa menghantar lokasi kepada ahli keluarga dengan menggunakan telefon bimbit.

Baca artikel berkaitan : Gadis hilang di Shah Alam ditemui, teman lelaki ditahan kerana rogol

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut,” ujarnya.

Jelasnya, suspek yang berusia 23 tahun itu dikatakan guru al-Quran.

“Polis akan membuat semakan mengenai kesahihan status suspek sebagai guru al-Quran dan kes kini disiasat dibawah seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This