Bagi penggemar juadah menggunakan udang, resipi udang kukus ini harus anda cuba. Rasa juadah ini memang sedap. Memang puas hati.

BAHAN-BAHAN
5 ekor udang besar
2 sudu besar jus limau nipis
1 helai kubis jeruk | cincang
2 keping hirisan tomato
1 biji cendawan kering | rendam dan hiris
1 keping tauhu Jepun | potong bulat
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
80 ml susu cair
1 cawan air
1 sudu besar gula
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam

BAHAN HIRIS
1 batang serai
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi
4 cm halia

CARA MENYEDIAKAN
1.Udang dibelah belakang dan dibersihkan. Panaskan pengukus dengan api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
2.Lumurkan udang dengan garam dan letakkan di dalam pengukus. Kemudian taburkan bahan-bahan hiris seperti sedikit bawang putih, serai dan halia. Kukus seketika selama 5 minit.
3.Selepas itu, masukkan hirisan tomato, cendawan kering dan tauhu Jepun. Biarkan seketika.
4.Di kuali lain, tumiskan hirisan bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan air, sos tiram, sos ikan, garam dan gula. Kukus selama 10 minit.
5.Kemudian tuangkan tumisan yang dikukus ini ke dalam kukusan ikan tadi. Kukus lagi selama 5 minit.
6.Setelah masak, masukkan jus limau, cili padi dan sedikit susu cair. Taburkan hirisan daun sup.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram