Setahun Keluarga Malaysia: Kestabilan politik cabaran paling getir

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan sepanjang setahun Keluarga Malaysia diperkenalkan, cabaran beliau yang paling getir adalah dari segi kestabilan politik.

Menurut Ismail Sabri, kestabilan politik amat penting kerana ia berkait rapat dengan kestabilan ekonomi dalam negara.

Jelas beliau, politik yang tidak stabil membawa kepada ketidakstabilan ekonomi dan kesannya sudah tentu kepada rakyat.

“Jadi apabila saya mengambil alih kerajaan ini, ketika itu keadaan tidak stabil dari segi politik sebab sebelum saya dah ada dua Perdana Menteri.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita dalam satu penggal, tiga Perdana Menteri.

“Yang diPertuan Agong kata cukuplah, datang angkat sumpah dengan saya, sebelum akhir penggal ini.

“Dah Tiga kali dah saya angkat sumpah Perdana Menteri. Ketika saya berjumpa dengan Pak Jokowi (Presiden Indonesia) di Indonesia, Mereka juga keliru.

“Sambutan Perdana Menteri Malaysia. Dulu orang lain. Kemduian orang lain lagi datang. Ini, orang lain lagi datang.

“Nampak sangat jelas dari segi ketidakstabilan politik, dan caranya adalah apabila Majlis Raja-Raja bersidang, bermesyuarat, membuat keputusan supaya, titah dikeluarkan, Agong nakkan kerajaan yang stabil,” kongsi Ismail Sabri.

Baca lagi: Setahun Keluarga Malaysia: Demi keharmonian rakyat – Ismail Sabri

Mengulas lanjut, Ismail Sabri turut berkongsi peristiwa mengenai perjanjian persefahaman (MoU) dengan pembangkang selepas beliau menjadi Perdana Menteri.

Kongsi Ismail Sabri, pada hari kedua beliau masuk ke pejabat, tiga pemimpin pembangkang datang bertemu dengannya berhubung MoU tersebut.

“Jadi sekolah-olah ‘gencatan senjata’ berlaku maka keadaan politik dapat distabilkan tetapi ia bukan mudah juga sebab kita juga kena menjawab pada parti kita.

“Kita di Malaysia telah dilatih, pembangkang adalah pembangkang, kerajaan adalah kerajaan jadi kita takkan bersama. Kita parti pemerintah takkan bersama dengan parti pembangkang.

“Jadi perlu beri penjelasan pada parti sebagai contoh, untuk memberi sebab kenapa kita menandatangai MoU.

“Cabarannya adalah ketika itu untuk menstabilkan politik walaupun tandatangan, individu-individu dalam parti bukan mudah untuk terima perkara itu.

“Penerimaan orang-orang parti kita di peringkat awal tu agak sukar. Tiba-tiba kita berkawan dengan pembangkang. Tiba-tiba kita MoU dengan pembangkang,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai usaha untuk memulihkan ekonomi, Ismail Sabri berkata pembukaan semula sektor ekonomi selepas dua tahun ditutup bukan perkara yang mudah.

Jelasnya, hal itu kerana terdapat pelbagai cabaran besar yang perlu dihadapi seperti perang Rusia-Ukraine.

Begitupun, beliau berkata, semua cabaran tersebut berjaya diatasi sekaligus menjadikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjadi yang terbaik di Asia Tenggara.

Menurut Ismail Sabri, antara kejayaan yang dicapai adalah meningkatkan lebih banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Surat bahasa Cina MBIP berlaku era PH, bukan pentadbiran sekarang – Exco

KERAJAAN Johor menegaskan isu surat rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dan kembali tular di...

More Articles Like This