KONSEP Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah untuk keharmonian hubungan antara kaum, agama dan sebagainya.
Demikian kata Ismail Sabri mengulas mengenai penghayatan dan penerimaan rakyat terhadap gagasan Keluarga Malaysia.
Melalui pengamatannya, beliau berkata, rakyat semakin menerima Keluarga Malaysia yang mudah difahami memandangkan konsep itu ada pada kehidupan harian semua.
“Sebagaimana keluarga menjaga ahli keluarga yang lain, begitulah konsepnya di dalam kerajaan ini di mana kita semua sebagai satu keluarga.
“Jadi kita saling perlukan antara satu sama lain, perlu membantu antara satu sama lain, saya percaya kalau ada di antara ahli keluarga kita yang ditimpa kesusahan, pasti kita akan memberi keutamaan untuk membantu keluarga kita.
“Sebab itu dari segi kakitangan kerajaan pun, saya tekankan, kalau dulu bekerja sebagai satu pasukan, sekarang bekerja sebagai satu keluarga.
“Apa yang saya nak bawa dengan Keluarga Malaysia ni, kalau kita pergi ke Sabah dan Sarawak dan sebagainya, ini merupakan satu perkara yang biasa bagi mereka.
“Tujuan saya adalah dari segi keharmonian hubungan antara kaum, agama dan sebagainya,” jelas beliau.
Baca artikel berkaitan: Kerajaan tak peluk tubuh, bantu Keluarga Malaysia depani kos sara hidup, inflasi – PM
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, sepanjang melakukan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, ramai memahami dan menganggap konsep ini perlu diteruskan dan dikekalkan.
Disamping itu, jelas beliau, isu keharmonian kaum dan agama yang sebelum ini sering berlegar juga sudah kurang semenjak konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan.
Jelas beliau, apabila rakyat menerima konsep tersebut, keharmonian dapat dicapai dengan lebih cepat sekaligus mengurangkan isu-isu berkaitan kaum, agama dan sebagainya.
“Saya menganggap itu sebahagian dari kejayaannya kerana bagi kita Keluarga Malaysia meaning setiap kaum dan individu di negara kita dikenali sebagai satu keluarga,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

