Imigresen tukar serta-merta pegawai bertengkar dengan orang awam di UTC – KP

Dari Penulis

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) mengambil tindakan menukar serta-merta pegawainya yang bertengkar dengan orang awam ketika berkhidmat di kaunter Imigresen UTC Selangor, Anggerik Mall, Shah Alam yang videonya tular baru-baru ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, jabatan memandang serius kejadian tersebut walaupun siasatan awal mendapati terdapat unsur-unsur provokasi daripada orang awam berkenaan.

Beliau berkata, namun begitu, tindakan yang diambil oleh pegawai JIM terlibat adalah bertentangan dengan slogan jabatan iaitu “Integriti, Professional, Mesra.”

“Selain itu, adalah diakui bahawa menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang awam adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang pegawai Imigresen yang merupakan penjawat awam.

“Pegawai-pegawai Imigresen seharusnya bijak mengawal diri dan mengambil sikap professional apabila berdepan dengan provokasi lisan oleh orang awam kerana mereka telah diberi latihan dan tunjuk ajar yang mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

BERITA BERKAITAN Dakwaan KPPA tengking pegawai Imigresen tidak tepat

Beliau berkata, JIM telah mengambil tindakan menukarkan pegawai berkenaan ke bahagian lain dan kertas siasatan mengikut peraturan dan prosedur tatatertib penjawat awam juga akan dibuka dengan segera oleh Bahagian Integriti jabatan.

“Dalam masa yang sama JIM juga berasa kesal dengan tindakan provokasi yang dilaksanakan oleh orang awam berkenaan. Pelbagai kemudahan telah disediakan untuk orang ramai memperbaharui pasport mereka seperti permohonan atas talian dan pemanjangan waktu operasi termasuk Sabtu dan Ahad.

“Justeru, JIM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman sosial jabatan ini untuk maklumat terkini,” tambahnya.

Katanya, JIM ingin menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap mana-mana pegawai yang bersikap tidak professional dan dalam masa yang sama jabatan ini juga akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang cuba memburuk-burukkan imej dan kredibiliti jabatan ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This