Derita budak lelaki jari tersepit mesin ‘tikam’

Dari Penulis


SEORANG kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan kira-kira 30 minit selepas jarinya tersepit di dalam mesin permainan ‘tikam’ di sebuah pasaraya di Bukit Gambir, Muar petang tadi.

Dalam kejadian pukul 4.41 petang itu, mangsa berusia sembilan tahun itu diselamatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir.

Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Abdul Rahman Azezulkifle Sahimi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 4.41 petang.


Katanya, satu jentera FRT dan satu jentera EMRS dari BBP Bukit Gambir dengan kekuatan keseluruhan seramai lapan orang anggota dikerah ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat jari seorang mangsa tersepit di dalam mesin permainan.


“PKO bertindak memecahkan mesin tersebut dengan menggunakan peralatan khas dan
mengeluarkan jari mangsa dalam keadaan yang selamat,” katanya dalam satu kenyataan.


Mengulas lanjut, Abdul Rahman Azezulkifle berkata, operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khalid Mohd Aris ditamatkan kira-kira pukul 5.10 petang.


Tambahnya, setelah keadaan benar selamat, anggota dan jentera bertolak balik ke balai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This