EMPAT remaja ditahan selepas menunggang motosikal secara merbahaya dalam satu Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Cheung Eu, bermula pukul 1 sehingga 7 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kesemua suspek lelaki berusia 16 hingga 19 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, tangkapan berdasarkan pemerhatian awal polis terhadap sekumpulan penunggang motosikal membuat aksi “superman”, zig zag yang jelas merbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

“Kesemua suspek telah direman selama tiga hari sehingga Selasa bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : 12 pemandu mabuk ditahan Polis KL

Sementara itu, sebanyak tujuh buah motosikal telah disita dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sebanyak 28 saman telah dikeluarkan.

Sehubungan itu, pihak polis akan sentiasa memantau aktiviti samseng jalanan bagi membanteras aktiviti ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram