Jamal Abdillah okay berduet dengan Aliff Syukri tapi ada syaratnya…

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

RAJA Pop, Datuk Jamal Abdillah tidak kisah menerima pelawaan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri untuk berduet asalkan mengikut syarat yang ditentukan penyanyi itu.

Kata Jamal, sesiapa yang berhasrat berpadu suara dengannya harus menyanyi dengan sepenuh hati selain tidak sumbang.

“Kita pun tahu dia bukan penyanyi, tetapi dia berkarya sebagai sebahagian daripada promosi bisnes.

“Bagi saya, jika mereka ingin mempelawa, saya anggap ia penghormatan dan kita pun dapat mengikuti trend serta kekal relevan untuk bersama-sama berada di persada.

“Mungkin kalau direalisasikan, syarat utama saya, dia kena menyanyi betul-betul dan tidak sumbang kerana kita akan sakit telinga selain orang pun tidak menyalahkan saya. 

“Tak perlu belajar dengan guru vokal. Cuma saya akan turunkan ‘key’ suara biar seimbang dengan usahawan berkenaan,” katanya kepada URTV.

Jamal berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk kosmetik Zarania Beauty di ibu negara, petang tadi.

Bagaimanapun, sehingga kini, katanya usahawan tersebut masih belum menghubunginya untuk membincangkan perkara itu.

“Saya ada dengar mengenai hasratnya itu tetapi tidak tahu sejauh mana keseriusannya. Sampai sekarang pihak sana masih belum mengusulkan apa-apa,” katanya.

Ditanya mengenai pandangannya terhadap trend usahawan merakamkan lagu, katanya, semua pihak perlu berlapang dada memandangkan ia sebahagian daripada strategi ahli perniagaan.

“Kita tak boleh salahkan dia kalau dia berbuat demikian kerana usahawan mempunyai banyak cara untuk melariskan produk.

“Jangan lihat dia sebagai penyanyi sebaliknya dia berkarya untuk bisnes. Sesiapa pun boleh menyanyi, tiada masalah jika dia menggunakan mekanisma itu untuk perniagaan.

“Orang boleh menilai sama ada dia menyanyi secara serius atau sekadar mencari publisiti untuk perniagaan,” ujarnya.

Terdahulu, Aliff yang dikecam susulan kontroversi muzik video (MV) Baby Sayang menyatakan mahu berduet dengan beberapa penyanyi popular termasuk Jamal.

Penghibur lain yang turut berada dalam senarai pilihannya ialah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Awie dan Anuar Zain.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman mendakwa dirinya penyanyi nombor satu Malaysia kerana lagu-lagunya sentiasa trending setiap kali dimuat naik di Youtube.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This