Kumpulan Gigi bakal gegarkan Kuala Lumpur, November ini

Dari Penulis

SUDAH sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, akhirnya kumpulan yang terkenal dengan ‘permainan’ dan nyanyian yang mantap iaitu Gigi akan kembali merawat kerinduan para peminat di Malaysia.

Terakhir kumpulan yang ditubuhkan pada 1994 ini beraksi di Konsert Eksklusif bersama Gigi di Menara PGRM pada 2003 dan kemudian muncul di Sunburst KL International Music Festival sepentas bersama Incubus dan John Legend pada 2008.

Kemudian kehadiran Gigi yang dianggotai oleh Armand Maulana (vokal), Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (bass) dan Gusti Hendy (dram) ini dirindui oleh para peminat terutamanya GigiKita.

Gigi ‘memasuki’ pasaran Malaysia lewat lagu Terbang yang menjadi siulan ramai dan kegemaran rata-rata para pemuzik pada 1999.

Kedatangan mereka sama fasa dengan kemasukan kumpulan Indonesia seperti Padi dan Sheila On 7 ke Malaysia. Gigi turut menawan ramai dengan hits seperti 11 Januari, Nakal, Pintu Sorga, Janji, Jomblo dan Andai.

Uniknya kumpulan ini kerana mereka diminati rata-rata pemuzik kerana skil yang dimiliki oleh setiap personel kumpulan tersebut.

Rata-rata menjadikan mereka sebagai idola kerana kemantapan kemahiran dan Armand Maulana selaku vokalis sentiasa memukau khayalak dengan vokal dan ‘showmanship’ di atas pentas.

Untuk mengembalikan rasa pukauan tersebut, Tanjak Adventure & Tour dengan bangganya membawakan Gigi: Nakal Di Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada 5 November hadapan di Zepp Kuala Lumpur, pukul 9 malam.

Konsert dengan durasi dua jam itu akan menghimpunkan lagu-lagu terkenal Gigi yang akan memanaskan suasana.

“Kami sangat berbangga untuk membawakan kumpulan Gigi yang kita tahu diminati kerana skil dan profesionalisme mereka serta lagu-lagu mereka yang hebat.

“Kami mengharapkan kerinduan para peminat dapat terubat pada 5 November ini di Zepp Kuala Lumpur. Kami turut megalu-alukan sambutan para pemuzik yang meminati permainan Dewa Budjana, Thomas Ramdhan dan Gusti Hendy serta kemantapan vokal Armand Maulana,” ujar Azroy Ramli selaku Pegawai Eksekutif Tanjak Adventure & Tour.

Buat Gigi pula, sudah lama mereka menunggu masa untuk bertemu dengan para peminat di Malaysia.

“Sudah lama benar kita semua tidak bertemu. Jadi jangan lupa untuk berjumpa di Gigi: Nakal Di Kuala Lumpur pada 5 November ini,” ujar Gigi.

Tiket-tiket berharga RM180 (BUDJANA- Free standing), RM200 (ARMAND- free standing) RM250 (HENDY- UPPER DECK), RM350 (THOMAS- UPPER DECK) dan RM450 (NAKAL- Meet and Greet) di www.myticket.asia bermula Rabu, 24 Ogos 2022, pukul 10 pagi.

Para peminat juga boleh menghubungi talian 03-86050196 serta hotline di 0197860144 atau layari www.myticket.asia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This