Pakai songkok tapi separuh bogel, Idris tegaskan sempadan batas agama jangan dibuat main

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBELUM ini tular seorang individu berpakaian mencolok mata di Minggu Fesyen Kedah 2022 (KFW2022), kali ini imej seorang model ‘menggayakan’ songkok dengan pakai separuh bogel pula menjadi kecaman.

Tindakan model tersebut memakai songkok, jaket lengan panjang tetapi tanpa baju dan berseluar pendek semasa acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW 2022) dilihat seolah-olah mempersendakan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menyifatkan masyarakat Islam cukup marah dan kecewa apabila gambar tersebut tular.

Malah, beliau menegaskan, sempadan batas agama, sensitiviti keagamaan dan kaum tidak perlu dibuat bahan mainan.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap individu yang cuba melakukan provokasi tersebut.

“Usahlah kita berperilaku yang melanggar dengan ajaran agama, adat ketimuran dan tatasusila.

Baca artikel berkaitan: Bukan model tetapi mak nyah, kata Exco

“Pastikan untuk sentiasa berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa perbuatan.

“Pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera terhadap individu tersebut supaya perkara ini dapat dibendung dan dijadikan pengajaran kepada semua pihak,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baru-baru ini, gambar seorang lelaki memakai songkok tetapi berpakaian separa bogel dipercayai semasa KLFW diadakan di ibu negara.

Tindakan lelaki tersebut yang tular di media sosial sekali gus mengundang kecaman orang ramai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This