SEORANG wanita bertindak menularkan diri sendiri dengan mendakwa diri diusir pihak masjid selepas memasuki tanpa memakai tudung dalam satu kejadian di Masjid At-Tohir, Tapos, Jawa Barat.
Klip video itu dimuat naik dengan dia mempersoalkan haknya untuk bersolat di masjid tersebut tetapi dinafikan.
Memetik laporan Detik.com, wanita yang dikenali sebagai Etty itu mahu menunaikan solat maghrib bersama suaminya.
Namun, dia telah dilarang oleh pihak masjid berkenaan.
“Ada bapak-bapak bilang katanya harus pakai jilbab, yang tidak pakai jilbab tidak boleh solat di sini.
“Cuba bayangkan, hanya kerana saya tidak pakai jilbab, terus saya tidak boleh masuk ke dalam Masjid At-Thohir,” kata Etty.
Jelasnya, dia mengenakan busana yang sopan dengan berpakaian kemeja lengan panjang dan seluar panjang, tetapi tidak bertudung.
@utusantvofficial Lain padang lain belalang. Kejadian di Masjid At-Tohir, Tapos, Jawa Barat. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #masukberanda
♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV
Baca artikel berkaitan : [VIDEO] Jangan normalisasikan buka tudung, dah macam satu penyakit – Ummi Nazeera
Kata Etty, dia menganggap pihak masjid bersikap tidak adil dan menegaskan bahawa ia adalah negara Indonesia, bukan di Arab.
Bagaimanapun, dakwaan Etty disangkal oleh pihak masjid yang menyatakan bahawa mereka tidak melarang wanita tidak bertudung untuk masuk ke masjid.
“Kita tidak pernah melarang siapa pun itu, apalagi untuk beribadah. Yang tidak bertudung pun kita perbolehkan,” kata setiausaha Masjid At-Thohir, Amanda.
Jelasnya, pihak masjid kini sedang berusaha memberikan penjelasan kepada Etty.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup di masjid tersebut, seorang jemaah lelaki dilihat menegur Etty dan bukannya pihak ahli jawatankuasa masjid tersebut.
“Kita ada rakaman CCTV. Ada jemaah yang melarang dengan memberi isyarat, hanya beberapa saat. Itu kejadian malam tadi, antara maghrib ke isya,” kata Amanda
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

