Keadaan rumah penduduk selepas gempa bumi di Jawa Barat.

Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di wilayah Jawa Barat pada Sabtu, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan, namun BMKG memberi amaran kepada orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan gempa susulan.

Gempa itu berlaku pada 4.49 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 52 kilometer (km) barat daya Garut pada kedalaman 118 km.

Baca artikel : Gempa bumi 5.6 pada skala Ritcher gegar barat Indonesia

Gegaran dirasai di ibu kota, kira-kira 154 km dari pusat gempa dengan bangunan tinggi bergoyang selama beberapa saat ketika gempa berlaku.

Bulan lepas, gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda daerah Cianjur, Jawa Barat, mengorbankan lebih 300 orang.

— BERNAMA

Saturday , 03 December 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram