[VIDEO] Jangan normalisasikan buka tudung, dah macam satu penyakit – Ummi Nazeera

Dari Penulis

PELAKON Ummi Nazeera mempunyai pendapat sendiri mengenai kisah artis membuka tudung yang kini sedang menjadi bahan berita sensasi media tempatan.

Menurut Ummi, jangan pernah ada rasa membuka tudung selepas membuat keputusan untuk menutup aurat dan tindakan menormalisasikan isu tersebut sememangnya salah.

“Eh ramai dah buka tudung, maknanya yang lain boleh buka tudung. Itu tidak normal dan tidak betul.

“Jadi saya minta orang disekeliling saya yang menyayangi saya, doakan supaya saya tidak membuka tudung.

“Saya risau itulah saya punya pengakhiran. Kita tidak tahu pengakhiran kita macam mana. Sekarang ini saya pakai tudung, saya tidak pengakhiran saya bertudung atau tidak,” katanya.

Ummi berkata demikian menerusi sesi temu ramah bersama radio Zayan.my. Klip video terbabit turut dimuat naik oleh seorang warganet di TikTok.

Dalam pada itu, pelakon Risik Pada Hati ini turut memohon agar orang ramai menitipkan doa yang baik-baik buat mereka yang menanggalkan tudung untuk kembali menutup aurat.

“Mungkin rakan-rakan artis kita yang sudah buka tudung nanti pengakhirannya dia akan pakai tudung…kita tidak tahu..Insya-Allah.

“Cuma saya doakan mereka jumpa balik jalan itu. Apa yang saya nak cakap, tidak ada yang salah jika anda belum bersedia.

“Saya tidak cakap, jika anda tidak bersedia jadi jangan bertudung. Tidak. Kalau anda belum bersedia bermakna anda memang belum bersedia (bertudung).

“Cuma kalau dah pakai, jangan normalisasikan untuk membuka tudung sebab ia dah macam satu penyakit. Tapi Allah sangatmenyayhangi orang yang masih ingatkan Dia. Itulah kelebihan manusia, kenapa Allah sayang sangat pada kita sebab kita ada nafsu pun kita masih pusing balik pada Dia,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat aktres itu yang menganggap isu membuka tudung tidak sepatutnya berlaku kerana menutup aurat semenangnya wajib bagi wanita beragama Islam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This