Nak takut apa kalau saya tak bersalah, kata Syed Saddiq bidas Asyraf

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PRESIDEN Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau tidak takut untuk menghadapi perbicaraan kes mahkamah melibatkan dirinya.

Syed Saddiq turut membidas Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan menganggap kenyataan Ketua Pemuda UMNO itu sebagai cubaan mengalihkan perhatian ramai dari isu Datuk Seri Najib Tun Razak yang dihukum penjara.

Tegas Syed Saddiq, beliau memberi jaminan tidak akan melakukan taktik licik untuk melengahkan kes mahkamah yang dihadapinya ketika ini.

Ramai pimpinan UMNO cuba menepis berita Najib Razak menyeleweng dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd dengan memetik nama saya.

“Sehingga hari ini, belum ada masalah dari pihak saya seperti peguam jatuh sakit, saya hidap Covid-19, ada anjing gigit tangan dan sebagainya.

“Saya tidak akan minta mahkamah lapangkan tarikh pendengaran kes saya untuk buat umrah. Passport saya kini dipegang oleh mahkamah sepanjang kes.

“Kalau saya minta passport pun, saya pastikan ia tidak bertindih dengan tarikh pendengaran.

“Ini hal yang saya boleh jamin lah. Berani kerana benar. Saya nak takut apa kalau saya tidak bersalah,’ katanya.

Baca lagi: Syed Saddiq juga tidak terkecuali dari undang-undang, kata Ketua Pemuda UMNO

Mengulas lanjut, Syed Saddiq turut menuntut Asyraf Wajdi untuk menjawab persoalan beliau yang dibuat dua hari lalu.

Antaranya, kata Syed Saddiq adalah mengenai dakwaan pemimpin UMNO meminta bantuan Perdana Menteri untuk campur tangan dalam kes mahkamah Najib.

“Sampai berkumpul untuk nyatakan suara mereka di pejabat UMNO.

“Kalau tak betul, apa pula reaksi kamu dengan laporan media dalam insiden ini? Saya tunggu,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This