Budak perempuan maut terjatuh dari tingkat 9 rumah flat

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan flat perumahan Sri Sabah, 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian dan dimaklumkan mangsa telah di bawa ke hospital oleh ibunya.

Siasatan mendapati mangsa telah terjatuh dari balkoni dapur dan ibu serta adik mangsa berada di rumah sewaktu kejadian.

“Ibu mangsa tidak menyedari mangsa berada di dapur ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 35 kondominium

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia dan siasatan lanjut diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai untuk mengawasi anak-anak dengan baik supaya tidak berlakunya perkara yang tidak diingini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This