Tiga lelaki curi komponen kereta dicekup polis

Dari Penulis

TIGA lelaki disyaki terlibat dalam kejadian mencuri komponen kenderaan di sebuah bengkel kereta dekat Jalan Bukit Permai Utama, ditahan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, kesemua suspek berusia 32 hingga 41 tahun itu ditahan di stesen minyak dan sebuah kediaman di Jalan Pandan Indah pada pukul 5.10 pagi hingga 6 pagi.

Beliau berkata, pemilik bengkel menyedari kejadian curi apabila membuat pemeriksaan terhadap tiga buah kereta milik pelanggannya dan mendapati bateri serta tayar ganti telah hilang, pada 12 Ogos lalu.

“Turut dirampas sebuah lori jenis Toyota Hiace, sehelai baju-T putih dan beberapa alatan membuka komponen kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Polis tahan dua lelaki, seorang wanita disyaki curi rim kereta

Mengulas lanjut, semakan mendapati suspek pertama mempunyai 10 rekod lampau manakala suspek kedua dengan satu rekod telah ditahan reman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan

Manakala suspek ketiga dengan 12 rekod lampau kesalahan jenayah dan narkotik, ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad.

Katanya, kes kini disiasat dibawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This