Belanjawan 2023 sah dibentang 7 Oktober, Wan Junaidi nafi sebab PRU

Dari Penulis

BELANJAWAN 2023 yang sepatutnya dilaksanakan pada 28 Oktober sah akan dibentangkan tiga minggu lebih awal iaitu pada 7 Oktober depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar seperti dipetik portal Malaysiakini.

Bagaimanapun, Wan Junaidi menafikan spekulasi perubahan tarikh pembentangan Belanjawan 2023 itu ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut beliau, sidang Parlimen akan bermula pada 3 Oktober depan.

“Ya, memang benar. Sesi baharu akan bermula pada 3 Oktober ini sebenarnya.

“Tidak, tiada perbincangan mengenai PRU-15, yang masih menjadi prerogatif Perdana Menteri (yang akan) menghadap Yang di-Pertuan Agong (untuk membubarkan Parlimen,” katanya.

Terdahulu, The Star melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat keputusan membawa pembentangan Bajet 2023 tiga minggu lebih awal dalam mesyuarat Kabinet, hari ini.

Spekulasi itu timbul hanya sehari selepas Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd. Shahar Abdullah memaklumkan pembentangan Belanjawan 2023 tidak akan diawalkan.

Baca artikel berkaitan: Pembentangan Belanjawan 2023 diawalkan ke 7 Oktober?

Perubahan tarikh pembentangan Belanjawan 2023 itu sekali gus mengukuhkan khabar angin bahawa PRU-15 akan diadakan dalam masa terdekat selepas bajet dibentang di Dewan Rakyat.

Susulan arahan Kabinet itu, langkah seterusnya adalah untuk memaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang dilaporkan memerlukan sekurang-kurangnya 28 hari untuk memaklumkan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai tarikh baharu itu.

Sebelum ini, Wan Junaidi dilapor menegaskan dakwaan dan spekulasi mengatakan Parlimen akan dibubarkan bulan depan adalah tidak benar.

Pada 7 Ogos lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dilaporkan menolak ramalan kononnya pembentangan Belanjawan 2023 akan dipercepatkan dan menyifatkan spekulasi yang tersebar sebagai tidak berasas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This