KKM teliti keputusan pemansuhan pakai pelitup muka – MPN

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan membuat penelitian terperinci sama ada untuk memansuhkan pemakaian pelitup muka secara total di kawasan tertutup seperti dilaksanakan di Singapura.

Perkara tersebut dibangkitkan sendiri Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat majlis itu petang tadi.

Menurut Muhyiddin, MPN meneliti pembentangan tentang status terkini COVID-19 yang disampaikan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali.

Muhyiddin berkata, ketika ini sudah ada kebiasaan baharu tidak kira dalam kalangan rakyat tempatan atau warga asing untuk memakai pelitup muka tanpa dipaksa.

“Saya sendiri bangkitkan tadi, saya sebutkan kalau semua sudah okay, kenapa nak pakai lagi (pelitup muka).

“Dia (Noor Azmi) katakan KKM akan melihat perkara itu dengan lebih terperinci. Tindakan ini bukan kerana Singapura buat sebab situasi kita di Malaysia tak sama.

“Kalau itu sudah jadi kebiasaan, mungkin ada baik KKM tidak mewajibkan pelitup muka tetapi sekiranya ada yang mahu pakai, mereka boleh pakai,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Baca artikel berkaitan: MPN syor BNM pertimbang perkenal tabung makanan

Bagaimanapun, Muhyiddin menyatakan MPN hanya boleh memberikan pandangan dan menyerahkan perkara tersebut kepada KKM.

Mengenai pelaksanaan Pelan Pemulihan Pelancongan 2022, yang dilancarkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada, Mei lepas, Muhyiddin berpandangan tempoh pemulihan selama empat tahun yang dicadangkan MOTAC itu adalah terlalu panjang.

Bekas perdana menteri itu mengesyorkan MOTAC untuk mempertingkatkan tindakan yang agresif kerana kegagalan memulihkan industri pelancongan dengan agresif akan memberi kesan kepada pemulihan ekonomi negara.

“MOTAC kena lihat pada pendekatan agresif agar proses pemulihan dan kesannya dapat dirasakan dalam masa singkat dari empat tahun kepada tiga tahun,” katanya bahawa proses pemulihan yang terlalu lama akan menjejaskan lagi sektor kecil industri pelancongan yang terkesan ketika pandemik COVID-19.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This