LIMA lelaki dan dua wanita warga asing ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat di dalam bonet sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan mayat di dalam Perodua Bezza di Jalan Tugu pada pukul 6.40 pagi.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian telah membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun di dalam bonet.

Katanya, empat lelaki dan seorang wanita warga asing masing-masing berusia 20 hingga 24 tahun ditahan pada pukul 12.45 tengah hari.

“Hasil soal siasat membawa kepada penangkapan dua lagi suspek iaitu seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 26 dan 22 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Pejalan kaki maut dilanggar Bezza

Noor Dellhan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, motif dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan kesalahan yang menyalahi undang-undang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram