Kerajaan kaji bina pelabuhan agregat di Sanglang – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN sedang mengkaji pembinaan sebuah pelabuhan agregat di kawasan Sanglang, Kedah bagi mengendalikan kargo petroleum dan kargo pukal.

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap dalam majlis perasmian pembangunan berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa, Pulau Bunting, Yan.

Menurut Perdana Menteri, pelabuhan agregat di Sanglang itu juga bakal menjadi laluan penghubung jambatan darat antara selatan Thailand dan Malaysia.

“Sekiranya menjadi realiti, projek ini akan memberikan nilai tambah kepada ekonomi Kedah.

“Ia juga bakal meningkatkan keyakinan pelabur menanam modal di negeri ini dan juga wilayah utara amnya,” katanya.

Projek Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting bernilai RM14.4 bilion itu dibangunkan Kumpulan MMC dengan kerjasama SKS Corporation Sdn. Bhd.

Baca artikel berkaitan: Projek pembangunan berintegrasi bakal ubah landskap sosioekonomi Yan – PM

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Pengerusi Kumpulan MMC Corporation Bhd Tan Sri Tajudin Atan dan pengarah urusan kumpulan Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.

Selain membangunkan projek tersebut, Perdana Menteri berkata, Kumpulan MMC turut membantu menaik taraf sistem perairan di kawasan tanaman padi di Kedah yang sinonim dengan nama Bumi Jelapang Padi.

Kata beliau, penaiktarafan sistem perairan itu bagi memastikan pengeluaran hasil padi negara bertambah.

Hasilnya, Perdana Menteri memaklumkan, kitaran penanaman padi akan ditingkatkan kepada lima kali dalam masa dua tahun berbanding empat kali ketika ini.

“Persatuan petani dan pesawah, MADA, BERNAS dan
MMC juga bersedia untuk merealisasikan projek
menaiktaraf sistem perairan ini, menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-12.

“Kumpulan MMC telah bertindak berani menjadi perintis membuka laluan ke daerah ini termasuk menyediakan kemudahan yang akan menarik pelabur-pelabur lain untuk turut melabur di kawasan ini.

“Ini adalah bukti kerjasama baik antara kerajaan dan swasta dalam merangsang dan memajukan ekonomi negara yang mana hasilnya dapat dinikmati seluruh Keluarga Malaysia,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This