Dakwaan fitnah: Polis ambil keterangan, rampas telefon bimbit Rafizi

Dari Penulis

TIMBALAN Presiden PKR, Rafizi Ramli, telah selesai memberi keterangan kepada polis hari ini berhubung dakwaannya mengeluarkan kenyataan fitnah mengaitkan Menteri  di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Rafizi dilihat tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira jam 3 petang bersama tiga peguam Adi Zulkarnain Zulkafli, Mohd Ashraf Othman dan Nik Zarith Nik Moustpha  dan selesai memberi keterangan pada jam 4.44 petang. 

Ketua Polis Daerah Sentul ACP, Beh Eng Lai, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan bahawa polis telah merakam percakapan Rafizi dan membuka kertas siasatan susulan laporan polis oleh pegawai khas menteri berkenaan, Sayed Ahmad Muizzuddin Al Sayed Mohamad, Selasa lalu.

Katanya, polis turut merampas satu unit telefon bimbit milik Rafizi untuk siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Dalam laporan polis itu, Rafizi didakwa telah mengeluarkan beberapa kenyataan fitnah, kononnya wanita bernama Zainab Mohd Salleh yang memperoleh projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah isteri kepada Abd Latif. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata – PM

MALAYSIA tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata untuk melahirkan tenaga kerja masa hadapan yang benar-benar memenuhi tuntutan industri. Perdana...

More Articles Like This