Tiga bilik darjah SMK Seri Ampang terbakar

Dari Penulis

TIGA bilik darjah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kejadian pada pukul 4.56 pagi.

Beliau berkata, sepasukan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak serta Keramat telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, bomba tiba di lokasi dan mendapati terdapat kebakaran di bahagian bumbung.

Baca artikel berkaitan : Motor penyedut asap punca SMK Taman Selayang terbakar

“Bomba bertindak pantas dalam operasi pemadaman untuk mengawal kebakaran dari merebak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, sebuah bilik darjah mengalami kemusnahan sepenuhnya manakala dua bua bilik darjah lagi musnah sebanyak 80 dan 30 peratus.

“Tiada mangsa terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya dan menambah operasi tamat pada pukul 6.48 pagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This