Polis tahan suami cabul budak 12 tahun, isteri buat ugutan bunuh

Dari Penulis

SEPASANG suami isteri warga asing ditahan selepas terlibat dalam kes ugutan dan mencabul seorang kanak-kanak di sebuah rumah kedai di Taman Putra, Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bapa mangsa menerima makluman mengenai kejadian cabul daripada mangsa berusia 12 tahun pada pukul 7.30 malam kelmarin.

Beliau berkata, mangsa memaklumkan seorang lelaki Myanmar yang dikenali cuba meraba buah dada dan mengintai mangsa ketika mandi beberapa kali.

Mangsa dipercayai telah diganggu secara fizikal dan mental sejak sebulan lalu.

Tambahnya, keluarga mangsa menghuni rumah kedai secara sewa di mana bilik mandi dikongsi bersama suspek.

Baca artikel berkaitan : Lelaki sakit mental cabul kanak-kanak akan ke Hospital Bahagia

“Ibu mangsa telah menerima ugutan bunuh dari isteri suspek kerana mendakwa mangsa telah menganggu suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, suspek lelaki pemegang kad UNHCR berusia 35 tahun dan isteri warga Indonesia berusia 54 tahun ditahan pada pukul 12.30 tengah malam semalam.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Selasa dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This