Variasi genom Malaysia sesuai sebagai tapak ujian klinikal – Khairy

Dari Penulis

VARIASI genom Malaysia daripada populasinya yang pelbagai menawarkan tapak terbaik dan paling sesuai untuk penyelidikan ujian klinikal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata perbezaan genetik adalah antara aspek penting yang diteliti oleh para penyelidik dalam ujian klinikal terutama bagi menguji keberkesanan rawatan.

Khairy berkata oleh yang demikian, Malaysia adalah destinasi terbaik kerana tiada negara lain yang memiliki satu pertiga daripada profil genomik dunia.

“Satu pertiga (daripada profil genomik di dunia) ini adalah sama ada Cina atau India dan kita memilikinya di Malaysia. Kita juga memiliki banyak lagi termasuk profil genomik Melayu.

“Dalam sains, perbezaan genetik sememangnya membezakan sejauh mana keberkesanan rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Novartis Malaysia, Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) dan Hospital Umum Sarawak di Kuching hari ini.

Khairy berkata Malaysia turut menawarkan antara kos terendah bagi penyelidikan dan ujian klinikal di rantau ini.

BERITA BERKAITAN Khairy sahkan tidak bertanding di Rembau, beri laluan kepada Tok Mat

“Tempoh ujian kita juga adalah antara yang terpantas di dunia, daripada penyerahan kepada semakan etika hanya mengambil masa sebulan.

“Ini menyebabkan Malaysia kini berada di kedudukan kedua di Asia Tenggara bagi bilangan ujian klinikal tajaan industri,” katanya.

Khairy berkata sejak 2012, Malaysia telah menjalankan lebih 1,900 penyelidikan klinikal yang ditaja.

“Tahun lepas, Malaysia menjalankan sebanyak 215 projek penyelidikan klinikal tajaan baharu dengan nilai kontrak keseluruhan RM226 juta,” katanya.

 — BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This