Polis sahkan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian tanah runtuh di Labohan Dagang

Dari Penulis

POLIS mengesahkan tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian tanah runtuh di lombong bijih besi di Labohan Dagang, Banting, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, hanya sebuah jentera mesin pengorek tertimbus dalam kejadian tersebut.

Beliau berkata, pemandu mesin pengorek tersebut sempat menyelamatkan diri sebelum berlaku.

“Pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian menerusi klip video yang tular di laman sosial yang memaparkan kejadian tanah runtuh.

“Polis tiba di lokasi pada pukul 6.40 petang dan hasil siasatan bersama pekerja mendakwa kejadian berlaku pada pukul 1 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Lelaki 4 jam tertimbus tanah runtuh berjaya diselamatkan

Ahmad Ridhwan berkata, usaha mengeluarkan mesin pengorek sedang giat dijalankan.

Bagaiamanapun, sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Cadangan bina Masjid Warisan di TRX pelengkap bandar moden beradab

PEMBINAAN Masjid Warisan di kawasan Tun Razak Exchange (TRX) dilihat sebagai pelangkap kepada pembangunan bandar moden yang beradab, bertamadun...

More Articles Like This