Kerajaan perkasa agenda pembangunan mampan negara – PM

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN komited untuk terus memperkasa agenda pembangunan mampan negara menerusi penubuhan Majlis Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SDG dilaksanakan dalam tiga fasa mengikut rancangan pembangunan negara.

Jelas beliau, ia bermula dengan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) 2016-2020 dan sedang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-13) 2021-2025.

“SDG akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) 2025-2030. Pelaporan kemajuan SDG negara dilaksanakan setiap empat tahun.

“Ini sejajar dengan saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar pembentangan laporan dilakukan secara berkala menerusi Laporan Semakan Kebangsaan (VNR),” katanya dalam kenyataan.

Baca lagi: SDG penting dalam perancangan, dasar untuk tangani pembangunan tidak lestari – PM

Untuk rekod, Perdana Menteri buat julung kalinya mempengerusikan mesyuarat SDG Negara hari ini sejak penubuhannya pada 2016.

Mesyuarat itu dihadiri oleh ahli-ahli majlis yang merangkumi Menteri- menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri, Menteri-menteri Kanan dan Menteri-menteri Persekutuan, Ketua-ketua Setiausaha dan Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Kluster Jawatankuasa Kerja SDG, dan beberapa Ahli Parlimen.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Malaysia telah membentangkan VNR pada 2017 dan 2021 di Forum Politik Peringkat Tinggi Matlamat Pembangunan Mampan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memenuhi obligasi negara di peringkat global.

Jelas beliau, VNR melaporkan secara inklusif kemajuan dan cabaran negara dalam pelaksanaan SDG di peringkat nasional.

Kata Perdana Menteri, mesyuarat turut mengambil maklum akan cabaran dan situasi semasa peringkat global dan tempatan serta kemerosotan dalam pencapaian beberapa SDG negara ekoran impak negatif pandemik COVID-19, cabaran perubahan iklim dunia, krisis inflasi dan kemelut geopolitik antarabangsa.

“Sehubungan itu, mesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan Pusat SDG Negara di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi memperkasa dan mempergiat program-program serta memantau kemajuan SDG negara.

“Agenda pembangunan mampan ini memerlukan penglibatan dan usaha gigih yang menyeluruh serta inklusif daripada semua pihak agar tahap kesedaran seluruh Keluarga Malaysia di peringkat akar umbi dan syarikat- syarikat swasta dipertingkatkan.

“Mesyuarat juga bersetuju dengan penyediaan Laporan Semakan Tempatan (VLR) di peringkat bandaran dan daerah oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan-kerajaan negeri.

“Sekurang-kurangnya satu laporan akan dihasilkan oleh setiap negeri,” katanya.

Beliau menambah, setiap negeri digalakkan menyediakan laporan itu sebagai panduan dalam memantau kemajuan Malaysia ke arah pertumbuhan pembangunan negara bagi mengimbangi aspek sosial, alam sekitar dan ekonomi.

Selain itu, katanya, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) diminta supaya segera memuktamadkan rangka kerja pasaran karbon pada penghujung tahun ini bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara rendah karbon.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan komited untuk mencapai Agenda 2030 dan memperkukuhkan tindakan mencapai 17 SDG bagi menjadi negara mampan menjelang 2030 dengan melibatkan seluruh Keluarga Malaysia dalam arus pembangunan sosioekonomi negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Puad dakwa UMNO amal budaya kronisme dalam memilih calon

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa amalan memilih calon berdasarkan kelompok, kroni...

More Articles Like This