MUDA akan pertahan Muar, intai 15 kerusi Parlimen

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bakal mempertahankan kerusi Parlimen Muar yang disandang Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada masa sama, Pengarah Pilihan Raya MUDA, Amira Aisya Abd. Aziz memaklumkan, parti tersebut juga menyasarkan untuk bertanding tidak lebih daripada 15 kerusi Parlimen.

Menurut beliau, kerusi-kerusi yang akan ditandingi itu merupakan kerusi ketika ini dipegang oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Amira Aisya yang juga Timbalan Presiden MUDA menekankan keadaan itu juga bergantung kepada perbincangan dalam sebuah gabungan sekiranya MUDA diterima masuk menyertai Pakatan Harapan (PH).

“MUDA adalah sebuah parti yang idealistik, realistik dan pragmatik serta telah pun mengadakan beberapa siri perbincangan untuk menghadapi PRU-15 ini.

“Fokus kami adalah untuk memberikan kemenangan kepada rakyat sekali gus menawarkan nilai tambah kepada blok pembangkang.

“Saya perlu tekankan, dalam situasi MUDA bergerak dalam sebuah gabungan, kita menyasarkan tak akan pergi lebih daripada 15 kerusi (dipegang) parti BN-PN.

“Paling penting, MUDA juga akan memberikan fokus untuk mempertahankan kerusi Parlimen Muar,” katanya dalam sidang media hari ini.

Baca artikel berkaitan: Prinsip perjuangan sama, MUDA berhasrat sertai PH

Untuk rekod, ketika PRU-14 lalu, Syed Saddiq yang ketika itu mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjaya merampas kerusi Parlimen Muar dalam pertembungan tiga penjuru dengan majoriti 6,953 undi.

Mengulas lanjut, Amira Aisya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa memaklumkan, MUDA juga sedang mempertimbangkan beberapa kerusi daripada pelbagai negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, ini kerana parti tersebut mempunyai kekuatan terutama di Sabah dan Sarawak.

“Kita tidak tertumpu kepada beberapa zon sahaja kerana kita ada pasukan yang sangat kuat di Sabah dan Sarawak.

“Kerusi Parlimen mana yang akan ditandingi itu akan diumumkan nanti tetapi kita mahu pastikan ada calon di Borneo terutama di Sabah.

“Namun, semua ini tertakluk kepada perbincangan bersama rakan-rakan parti gabungan, kita terbuka dan bersedia menghadapi PRU-15,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Billboard kempen PH Bukit Permai dikoyak, calon buat laporan polis

CALON Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Mohamad Shafwan Ani, membuat laporan polis selepas mendakwa...

More Articles Like This